Assalamualaikum...
Asal
sesuatu perkara itu harus, selagi ada nas-nas yang mengharamkannya.
Namun,
Nabi s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
“Kalian sungguh-sungguh
akan mengikuti jalan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan
sehasta demi sehasta, sampai seandainya mereka masuk ke lubang dhabb, niscaya
kalian akan masuk pula ke dalamnya. Kami tanyakan: “Wahai Rasulullah, apakah mereka
yang dimaksud itu adalah Yahudi dan Nashrani?” Beliau berkata: “Siapa lagi
kalau bukan mereka?”
(HR
Muslim)
Nak
menari? Boleh...
Menarilah
ikut Gangnam style ke, SNSD atau Wondergirl ke ape, xkisah lah. Menari ni boleh
menyihatkan badan sebab pergerakan2 yg aktif tu boleh mengeluarkan peluh.
Bagus...
Namun
itu hanya pada permulaan...
Sejengkal
demi sejengkal, mereka akan mengikut budaya yang ditunjukkan di dalam video.
Nak menari, kena ada perempuan. Kalau xde perempuan, camne lelaki nak masuk bawah
kangkang perempuan? Lepas tu joget lambaklah bramai2...
Sehasta
demi sehasta, mereka akan mula menari dengan gaya yang seksi dan membuka aurat,
sehingga hilang segala 'kemusliman' penari-penari itu. Lagi ramai yang share
perkara tu, lagi ramai orang akan terpengaruh...
Akhirnya
apabila dikatakan 'masuk ke dalam lubang dhab', bererti mereka sudah tidak
dapat keluar lagi. Apa yang dimaksudkan ialah mereka sudah berasa sangat
seronok dengan budaya-budaya itu sehingga perkara-perkara yang mengarut pun mereka
nak ikut. Contohnya seperti di dalam gambar ini, cukur kepala pun nak ikut.
Jadi,
berpada-padalah kalau nak minat kepada sesuatu. Minat sekadar minat, bukan
minat sampai ia mempengaruhi diri. Bila dah masuk lubang dhab, susah nak
keluar. Bila orang beri peringatan macam ni, mereka akan kata "Laaa... Ape
salahnya? Bukannya berzina atau merompak pun????" padahal mereka
sebenarnya telah jauh dipengaruhi dengan budaya yang menyesatkan..
Namun
apa kaitannya dengan Yahudi dan Nasrani? Korea pun ada yang beragama Kristian. Malahan,
mereka juga mengambil budaya-budaya Barat sehingga mereka sendiri terpengaruh.
Itu lantak diorang la, sebab diorang kafir, biarlah diorang nak buat apa pun,
sebab diorang bukan beragama Islam. Tapi inilah contoh yang patut direnungkan.
Nasrani
pada zaman ini sudah bercampur gaul juga dengan kehidupan orang Yahudi. Mereka
menyangka mereka benar, padahal mereka adalah sesat. Yahudi pula menyangka
mereka dipelihara oleh Allah padahal mereka dimurkai oleh Allah.
…Wallahualam...
Muhammad
Rusydi wrote: "Kadang-kadang kita lebih gopoh nak ikut trend, dari gopoh
berfikir baik buruk di sebalik trend tu."
Ganyang
Akhlak Style = Gangnam Style
(ops.
Ganyang bukan terjemahan kepada Gangnam ya.^^)
(ramai
dah tengok version original kan? Tapi kali ni LDI pula yang bersoal jawab plak)
^^
1.
Ramai tak puas hati didatangkan perbandingan sebegini.
LDI:
Cuba kita renung semula, kenapa kita tidak puas hati? Kita bandingkannya, mana
yang lebih baik dan mana yang banyak buruknya. Bila dikatakan tentang 'style'
yang baru diperkenalkan, ramai sangat yang suka. Padahal 'style' yang Islam dah
tunjukkan tu adalah hiburan yang lebih baik untuk menenangkan hati, bukan letih
dengan keseronokan dan nikmat yang sementara.
2.
Ada yang kata, "ada banyak lagi vid tarian tak senonoh, why tak
dihighlight yang tu?".
LDI:
Setuju. Sepatutnya kita hihglightkan semua sekali, tetapi cukuplah sekadar
memberi salah satu contoh trend baru yang melanda umat Islam sekarang ini yakni
G****** Style supaya video-video lain juga turut sama menerima tempiasnya.
Kalau kita nak ubah sesuatu, ubahlah 'bapanya' dulu, barulah 'anak-anaknya'
akan terkena sekali. Kita tangkap jerung dulu, barulah ikan bilis...
3.
"Benda tarian ni ada manfaatnya kat negara dorang. Ada unsur-unsur sinis
tegur masyarakat diorang."
LDI:
Tak dinafikan, terdapat banyak juga cara mereka meluahkan teguran2 sinis
termasuklah melalui video. Namun tidak semua umat Islam perlu terima, kerana di
dalam Islam ada batas-batas yang perlu diambil kira. Contohnya kita perlu
menjaga pandangan daripada melihat aurat-aurat wanita dan sebagainya. Namun
selagi lagu yang rancak ini tidak mempunyai unsur-unsur yang negatif (yg haram)
dan dinyanyikan oleh lelaki sahaja, tidak salah untuk mendengarnya. Tapi
bandingkanlah dengan nyanyian2 dengan zikir, mana satu yg lebih baik dan
menenangkan?
Tepuk
dada, tanya iman...
4.
"Bandingkanlah tarian dengan tarian! Bukan banding dengan ibadah!"
LDI:
Betul Kalau kita ikut ilmu mantiq, memang sepatutnya begitu cara
perbandingannya. Tapi Kali ini cuba kita buat perbandingan antara amalan orang
bukan Islam dengan amalan orang Islam? Cuba kita perhatikan, tanya diri
sendiri, kenapa amalan orang bukan islam lebih menarik perhatian kita
berbanding amalan-amalan orang Islam yang diajarkan oleh Tuhan Sekalian Alam
dan manusia paling hebat; Nabi Muhammad s.a.w.. Mengapa "Islam's
style" kurang mendapat perhatian dan jarang sekali mendapat tempat yang
teratas, apatah lagi pujian-pujian terhadap amalan2 tersebut berbanding dengan
pelbagai style daripada Barat yang mendapat perhatian padahal ia baru sahaja
diperkenalkan?
So
dalam masa yang sama, kita membandingkan 'ibadah dengan ibadah' iaitu perbezaan
antara amalan2 orang bukan Islam dengan orang Islam itu sendiri.
Juga
kita membandingkan antara 'tarian dengan tarian', kalau non muslim suka menari
dengan style yg mengghairahkan, kita counter ia sebagai seorang muslim, menari
untuk menyihatkan badan di dalam bilik air yang tertutup atau bersama dengan
suami/isteri di dalam bilik.
Islam
bukan agama pemghalang. Yang Allah halang ialah perbuatan yg menyamai perbuatan
orang bukan Islam (dalam perkara2 yang bertentangan dengan syariat islam, itu
sudah tentu..)
5.
Ni nak tegur ke nak mengutuk mengata, macam ni ke Islam?
LDI:
Ada perbezaan antara 'tegur' dengan 'kutuk dan mengata'.. Tegur dengan
berhikmah supaya orang lain boleh menerima nasihat kita dengan hati yang
terbuka. Beginilah Islam kalau nak tau, kerana agama itu nasihat. Kutuk
mengutuk serta mengata pula bukan ajaran Islam. Tapi memang orang Islam
sentiasa melakukannya, bersangka baiklah, mungkin dia mahu menasihati kita cuma
caranya tidak kena. Maka selagi kutukan itu bukan berunsur negatif (seperti
fitnah atau dengan cara yg memaksa atau salah) atau bertentangan dengan Islam
(dari segi fakta2nya), terpulang @ berbalik pula kepada kita untuk menerimanya
dengan hati yang terbuka.
6.
"Islamic la kononnnnnn!!"
Jwpn:
Ya, nak taknak kena mengaku jugak bahawa kami memang suka Islamik style! Sebab
tu kami counter dgn setiap perkara2 yang bukan Islamik Style. Inilah perbezaan
antara kita dengan mereka.
Bukan
apa, kita tegur atau nasihat ni bukan nak cari gaduh, tapi nak buka minda sket.
Mudah-mudahan peringatan ini bermanfaat kepada orang-orang yang mahu bertaqwa
^^"
Semoga dapat sama-sama dimanfaatkan... :)
Sumber: http://www.facebook.com





No comments:
Post a Comment