Social Icons

Pages

Aurat Wanita


Aurat Wanita dari Firman Allah dan Hadis Nabi SAW


1. Bulu kening

- Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. HR Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)

- "Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." QS An-Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian

- "Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." HR Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada

- "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " QS An-Nur : 3. Keterangan: Melabuhi tudung atau memakai tudung yang tidak menampakkan bentuk dada dan bahagian tepi tudung dibawah bahu.

5. Gigi

- "Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. ". HR At-Thabrani.

- "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". HR Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher

- "Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu." Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan

- "Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." HR Muslim dan Bukhari.

8. Tangan

- "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". HR At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata

- "Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." QS An Nur : 31.

- Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." HR Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara)

- "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." QS Al Ahzab: 32.

- Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." HR Ibn Majah.


11. Kemaluan

- "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " QS An Nur : 31.

- "Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." HR Al Bazzar.

- "Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." HR Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian

- "Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." HR Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

- "Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." HR Bukhari dan Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/ jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/ membuka bahagian-bahagian tertentu.

- "Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." QS Al Ahzab : 59.

13. Rambut

- "Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." HR Bukhari dan Muslim.



Semoga ada manfaatnya...

Fenomena Gangnam


Assalamualaikum...

Asal sesuatu perkara itu harus, selagi ada nas-nas yang mengharamkannya.

Namun, Nabi s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Kalian sungguh-sungguh akan mengikuti jalan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sampai seandainya mereka masuk ke lubang dhabb, niscaya kalian akan masuk pula ke dalamnya. Kami tanyakan: “Wahai Rasulullah, apakah mereka yang dimaksud itu adalah Yahudi dan Nashrani?” Beliau berkata: “Siapa lagi kalau bukan mereka?”

(HR Muslim)
Nak menari? Boleh...
Menarilah ikut Gangnam style ke, SNSD atau Wondergirl ke ape, xkisah lah. Menari ni boleh menyihatkan badan sebab pergerakan2 yg aktif tu boleh mengeluarkan peluh. Bagus...

Namun itu hanya pada permulaan...
Sejengkal demi sejengkal, mereka akan mengikut budaya yang ditunjukkan di dalam video. Nak menari, kena ada perempuan. Kalau xde perempuan, camne lelaki nak masuk bawah kangkang perempuan? Lepas tu joget lambaklah bramai2...

Sehasta demi sehasta, mereka akan mula menari dengan gaya yang seksi dan membuka aurat, sehingga hilang segala 'kemusliman' penari-penari itu. Lagi ramai yang share perkara tu, lagi ramai orang akan terpengaruh...

Akhirnya apabila dikatakan 'masuk ke dalam lubang dhab', bererti mereka sudah tidak dapat keluar lagi. Apa yang dimaksudkan ialah mereka sudah berasa sangat seronok dengan budaya-budaya itu sehingga perkara-perkara yang mengarut pun mereka nak ikut. Contohnya seperti di dalam gambar ini, cukur kepala pun nak ikut.

Jadi, berpada-padalah kalau nak minat kepada sesuatu. Minat sekadar minat, bukan minat sampai ia mempengaruhi diri. Bila dah masuk lubang dhab, susah nak keluar. Bila orang beri peringatan macam ni, mereka akan kata "Laaa... Ape salahnya? Bukannya berzina atau merompak pun????" padahal mereka sebenarnya telah jauh dipengaruhi dengan budaya yang menyesatkan..

Namun apa kaitannya dengan Yahudi dan Nasrani? Korea pun ada yang beragama Kristian. Malahan, mereka juga mengambil budaya-budaya Barat sehingga mereka sendiri terpengaruh. Itu lantak diorang la, sebab diorang kafir, biarlah diorang nak buat apa pun, sebab diorang bukan beragama Islam. Tapi inilah contoh yang patut direnungkan.

Nasrani pada zaman ini sudah bercampur gaul juga dengan kehidupan orang Yahudi. Mereka menyangka mereka benar, padahal mereka adalah sesat. Yahudi pula menyangka mereka dipelihara oleh Allah padahal mereka dimurkai oleh Allah.
…Wallahualam...



Muhammad Rusydi wrote: "Kadang-kadang kita lebih gopoh nak ikut trend, dari gopoh berfikir baik buruk di sebalik trend tu."

Ganyang Akhlak Style = Gangnam Style

(ops. Ganyang bukan terjemahan kepada Gangnam ya.^^)
(ramai dah tengok version original kan? Tapi kali ni LDI pula yang bersoal jawab plak) ^^


1. Ramai tak puas hati didatangkan perbandingan sebegini.

LDI: Cuba kita renung semula, kenapa kita tidak puas hati? Kita bandingkannya, mana yang lebih baik dan mana yang banyak buruknya. Bila dikatakan tentang 'style' yang baru diperkenalkan, ramai sangat yang suka. Padahal 'style' yang Islam dah tunjukkan tu adalah hiburan yang lebih baik untuk menenangkan hati, bukan letih dengan keseronokan dan nikmat yang sementara.

2. Ada yang kata, "ada banyak lagi vid tarian tak senonoh, why tak dihighlight yang tu?".

LDI: Setuju. Sepatutnya kita hihglightkan semua sekali, tetapi cukuplah sekadar memberi salah satu contoh trend baru yang melanda umat Islam sekarang ini yakni G****** Style supaya video-video lain juga turut sama menerima tempiasnya. Kalau kita nak ubah sesuatu, ubahlah 'bapanya' dulu, barulah 'anak-anaknya' akan terkena sekali. Kita tangkap jerung dulu, barulah ikan bilis...

3. "Benda tarian ni ada manfaatnya kat negara dorang. Ada unsur-unsur sinis tegur masyarakat diorang."

LDI: Tak dinafikan, terdapat banyak juga cara mereka meluahkan teguran2 sinis termasuklah melalui video. Namun tidak semua umat Islam perlu terima, kerana di dalam Islam ada batas-batas yang perlu diambil kira. Contohnya kita perlu menjaga pandangan daripada melihat aurat-aurat wanita dan sebagainya. Namun selagi lagu yang rancak ini tidak mempunyai unsur-unsur yang negatif (yg haram) dan dinyanyikan oleh lelaki sahaja, tidak salah untuk mendengarnya. Tapi bandingkanlah dengan nyanyian2 dengan zikir, mana satu yg lebih baik dan menenangkan?
Tepuk dada, tanya iman...

4. "Bandingkanlah tarian dengan tarian! Bukan banding dengan ibadah!"

LDI: Betul Kalau kita ikut ilmu mantiq, memang sepatutnya begitu cara perbandingannya. Tapi Kali ini cuba kita buat perbandingan antara amalan orang bukan Islam dengan amalan orang Islam? Cuba kita perhatikan, tanya diri sendiri, kenapa amalan orang bukan islam lebih menarik perhatian kita berbanding amalan-amalan orang Islam yang diajarkan oleh Tuhan Sekalian Alam dan manusia paling hebat; Nabi Muhammad s.a.w.. Mengapa "Islam's style" kurang mendapat perhatian dan jarang sekali mendapat tempat yang teratas, apatah lagi pujian-pujian terhadap amalan2 tersebut berbanding dengan pelbagai style daripada Barat yang mendapat perhatian padahal ia baru sahaja diperkenalkan?

So dalam masa yang sama, kita membandingkan 'ibadah dengan ibadah' iaitu perbezaan antara amalan2 orang bukan Islam dengan orang Islam itu sendiri.

Juga kita membandingkan antara 'tarian dengan tarian', kalau non muslim suka menari dengan style yg mengghairahkan, kita counter ia sebagai seorang muslim, menari untuk menyihatkan badan di dalam bilik air yang tertutup atau bersama dengan suami/isteri di dalam bilik.

Islam bukan agama pemghalang. Yang Allah halang ialah perbuatan yg menyamai perbuatan orang bukan Islam (dalam perkara2 yang bertentangan dengan syariat islam, itu sudah tentu..)

5. Ni nak tegur ke nak mengutuk mengata, macam ni ke Islam?

LDI: Ada perbezaan antara 'tegur' dengan 'kutuk dan mengata'.. Tegur dengan berhikmah supaya orang lain boleh menerima nasihat kita dengan hati yang terbuka. Beginilah Islam kalau nak tau, kerana agama itu nasihat. Kutuk mengutuk serta mengata pula bukan ajaran Islam. Tapi memang orang Islam sentiasa melakukannya, bersangka baiklah, mungkin dia mahu menasihati kita cuma caranya tidak kena. Maka selagi kutukan itu bukan berunsur negatif (seperti fitnah atau dengan cara yg memaksa atau salah) atau bertentangan dengan Islam (dari segi fakta2nya), terpulang @ berbalik pula kepada kita untuk menerimanya dengan hati yang terbuka.

6. "Islamic la kononnnnnn!!"

Jwpn: Ya, nak taknak kena mengaku jugak bahawa kami memang suka Islamik style! Sebab tu kami counter dgn setiap perkara2 yang bukan Islamik Style. Inilah perbezaan antara kita dengan mereka.

Bukan apa, kita tegur atau nasihat ni bukan nak cari gaduh, tapi nak buka minda sket. Mudah-mudahan peringatan ini bermanfaat kepada orang-orang yang mahu bertaqwa ^^"




Semoga dapat sama-sama dimanfaatkan... :)