Buat anda yang bergelar SUAMI...
Andai
kata seorang isteri sedang marah, maka diamkan mulut mu, kunci serapatnya...
Bukan
tanda kita tak suka, tanda kita sayangkan mereka...
mereka
dah letih seharian bekerja untuk membantu kita melaksanakan tanggungjawab...
memasak
untuk kita,
membasuh
baju kita,
menjaga
anak-anak kita,
melayan
karenah kita,
hampir
kebanyakan tugas mereka ...sebenarnya untuk menolong mereka...
Jika
terkeluar dari mulut mereka sebarang cacian,
maka
tafsirkanlah dengan tafsiran yang baik...
abang
ni teruk la = abang yang terbaik bagi saya...
abang
lelaki tak guna = abang sangat bermakna buat saya...
saya
bencikan abang = sayang abang sangat-sangat...
hantar
saya balik rumah mak saya = saya rindukan abang...
SUAMI...
Tegur
mereka dengan lemah lembut dan berhemah :)
Tak
perlu mereka dikasari dan dipukul, beri belaian yg lembut
dan
nasihat dengan suarayang rendah...
pukul
pun hukumnya harus hanya sekadar untuk merubah mereka...
bukan
mencederakan tubuh badan isterimu..
sayangilah
isteri anda, cari kebaikan yang dia pernah buat untukmu...
sumber:
ummuainries
Berikut adalah pesanan oleh Dato' Fadzilah Kamsah untuk renungan kita bersama:
1.
Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja
dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2.
Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa
yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu
otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan
bijak serta prihatin.
3.
Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah
dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan
canggih dari emak anda.
4.
Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin
bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5.
Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga..
Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan
suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6.
Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri
bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas,
membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak
cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7.
Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal
semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong
dan ekor taugeh.
8.
Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh
sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas
rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak
sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih
berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
9.
Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat
atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10.
Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11.
Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang,
bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka
walaupun secara bergurau.
12.
Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13.
Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan
isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami
“degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14.
Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju
kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat
gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat
asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar
ke?
15.
Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja
rumah/menjaga anak.
Tapi
jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah
saja.
16.
Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia.
Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan
tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17..
Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau
isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak
kena tolerate kalau awak buat?
18.
Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan
asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga
awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19.
Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda
mengambil berat tentang dirinya.
20.
Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami
megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok
pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang
keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21.
Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut
agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun
masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka.
Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau
isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya
tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22.
Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan
buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan
isteri, isteri balas sepuluh kali.
23.
Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta
maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif.
Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang
dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para
suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan
perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.



