Aurat Wanita dari Firman
Allah dan Hadis Nabi SAW
1. Bulu kening
-
Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau
menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. HR Abu Daud Fi
Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki)
-
"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya)
agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." QS An-Nur: 31.
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan
kaki.
3. Wangian
-
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu
kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan
zina dan tiap-tiap mata ada zina." HR Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada
-
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi
dada-dada mereka. " QS An-Nur : 3. Keterangan: Melabuhi tudung atau
memakai tudung yang tidak menampakkan bentuk dada dan bahagian tepi tudung
dibawah bahu.
5. Gigi
-
"Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya
dikikirkan giginya. ". HR At-Thabrani.
-
"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang
merubah ciptaan Allah". HR Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher
-
"Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu
menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu." Keterangan:
Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang
menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan
-
"Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang
tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah
berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan
tangan dan wajah saja." HR Muslim dan Bukhari.
8. Tangan
-
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada
menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". HR At Tabrani
dan Baihaqi.
9. Mata
-
"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan
sebahagian dari pemandangannya." QS An Nur : 31.
-
Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan
lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak
dibenarkan." HR Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara)
-
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga
berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah
perkataan-perkataan yang baik." QS Al Ahzab: 32.
-
Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka
namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian
(muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam
bumi." HR Ibn Majah.
11. Kemaluan
-
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka
menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " QS An Nur :
31.
-
"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan
Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke
dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." HR Al Bazzar.
-
"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah
suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah."
HR Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian
-
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan
memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." HR Ahmad, Abu Daud, An
Nasaii dan Ibn Majah.
-
"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang
berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain
untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium
baunya." HR Bukhari dan Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/
jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/ membuka bahagian-bahagian tertentu.
-
"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan
isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh
dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu
mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." QS Al
Ahzab : 59.
13. Rambut
-
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung
rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak
mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya."
HR Bukhari dan Muslim.
Semoga ada manfaatnya...
Sumber:
http://za-hawa.blogspot.com